Monday 21 November 2011

sOal haTi tiADa siApa TaHU



assalamualaikum.....

soal hati
tiada siapa yg tahu dan boleh meneka apa yang tersirat di hati seseorang
tutur kata hanya menuturkan kata yang mereka ingin dengar
perilaku pula bertindak mengikut apa yang mereka ingin lihat
tapi soal hati tiada siapa yang tahu melainkan diri kita sendiri
ini bukannya soalan-soalan ilmiah untuk di teka2 apa yang di rasa
ini melibatkan hati dan perasaan seseorang


Memang untuk kelihatan kejam dan menyakiti hati orang amat senang
Tapi pernahkah mereka fikir bertapa sakitnya hati orang yang ingin menyakiti hati orang lain??
Sebelum menyakiti orang lain hati kita terlebih dahulu disakiti dan terseksa
Barulah timbulnya hati yang tawar dan tiada perasaan
Bukan ego tapi untuk menjaga hati sendiri supaya tidak di sakiti kembali


Biarla orang nampak kita kejam dengan buat semua ini
Sesungguhnya itu yang kita harapkan
Supaya mereka jauh daripada kita
Lain orang lain caranya
Untuk membuat orang membenci kita, kita terlebih dahulu membenci diri sendiri


Semuanya perlukan masa untuk kembali normal
Tapi sebelum sampai waktu itu, biarlah kita di benci dan di anggap apa2 pun
Sesungguhnya jika mereka lebih mengenali kita mereka tidak akan sampai percaya dengan perubahan kita
Tapi jika selama ini mereka hanyalah sekadar melakonkan watak di depan kita mereka akan tuduh kita macam2
Masa itu la kita akan kenal siapa akan kekal di sisi kita walau apa pun yang berlaku (teman)
Or sekadar hadir untuk menyerikan hidup kita


Kenalilah orang lain terlebih dahulu sebelum menghukum mereka sesuka hati
Renungkan apa salah kita sebelum salahkan orang lain
Sesungguhnya manusia ini tidak sempurna
Sentiasa membuat kesilapan


cukuplah kita membebani orang lain
lepaskan mereka untuk menjalani kehidupan mereka sendiri
semoga ini jalan yang terbaik yang aku pilih
jauhkan diri...



Jangan menilai saya kerana apa yang saya tulis, kenali dulu diri saya yang sebenar sebelum membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas ^____^

No comments:

Post a Comment