Friday 18 November 2011

Jangan Kacau Hidup Saya Lagi @_@




Assalamualaikum…
Entry saya hari saya tuju khas buat seseorang pada masa lalu saya
Seseorang yang saya dah lupa kan sejak 2 tahun lepas
Seseorang yang tak patut terasa and menganggu hidup saya lagi
Seseorang yang memang tak patut terasa dengan setiap entry yang saya updatekan diblog nie or di facebook saya


Maafkan saya..
Sebab kali ini saya dah tak boleh bersabar lagi
Tahap kesabaran saya dah mencecah tahap maximun
Kali ini saya terpaksa faham kan awk yang jenis tak faham-faham dengan apa yang saya lakukan
Semoga apa yang saya update kali ini awak membacanya..


Bukan niat saya untuk mengungkit-ungkit kisah lalu
Tapi sesiapa sahaja akan merasa sakit hati kalau kisah lalu kita di ungkit-ungkit oleh orang2 yang tak patut mengungkit nya
Orang2 yang tak patut menganggu hidup kita lagi
Orang2 yang kita dah lupakan selepas kata perpisahan di lafazkan


Saya tahu awak amat sayangkan dia lebih daripada saya sayangkan dia
So please jangan ganggu hidup saya lagi
Saya lepaskan dia dengan rela hati untuk bersama-sama dengan orang yang dia rasa dapat membahagiakan dia lebih daripada saya
Saya lepaskan dia kerana ingin melihat dia bahagia
Saya tak pernah berdendam dengan awak
Bukan sifat saya untuk mencari dan menganggu pihak ke tiga
Bukan sifat saya untuk marah-marah pihak ke tiga
Marah saya hanyalah pada si dia



Apa yang awak buat kat saya selama 2 tahun ini membuatkan saya berfikiran –ve dengan awak
Kenapa awak still ganggu hidup saya lagi sedangkan saya yang patut marah2 awak??
Kenapa awak still mencari masalah dengan saya sedangkan awak lah pemusnah segala-galanya??
Kenapa awak yang sering menganggu saya tapi bukan si dia tu???
Awak tak rasa awak kah yang bersalah dalam hal ini??
Menganggu hidup saya yang pernah muncul dalam hidup si dia sehinggalah awak merampas dia daripada saya...


Terus-terang saya tak salah kan awak pada mula nya..
Saya tak pernah ada perasaan marah pada awak
Tapi bila awak start kacau hidup saya sedangkan si dia tak pernah pun kacau hidup saya selepas kami break, awak menyebabkan saya fikir bukan2 terhadap awak..
Saya hilang sabar bila awak tuduh saya macam2
Tuduhan yang tidak berasas sama sekali


Awak...
Setiap entry or status saya di blog n facebook saya bukan di tuju untuk korg berdua
Tu adalah kisah saya sekarang
So kalau tak ada buat salah awak sepatutnya tidak terasa and cepat melatah
Awak ingat saya nie ape??
Tunggul kayu yang menunggu untuk merimbun sekali lagi ke???
Maaf la, saya bukan macam tu..
Saya tak tuggu sapa2 dan cemburu pun dengan kebahagiaan korg berdua..
Saya pun berbahagia dengan life saya sekarang
Saya pun mempunyai orang yang saya sayang jugak
So tak ada sebab untuk saya mengacau hidup korang berdua


Tolong jangan ganggu hidup saya lagi
Buat apa awak hantar macam2 kat saya sedang kan saya tidak pernah buat macam tu kat awak
Apa faedah awak menganggu saya kat mana2 sahaja saya muncul
Perlukah saya sebut semua apa yang awak buat kat saya??
Saya rasa tak perlu tu semua
Awak menyebabkan hidup saya tertekan dengan ganggu awak dan tuduhan yang tidak berasas itu
Memang saya tidak patut terasa kalau saya tidak buat semua itu
Tapi tindakan awak sudah melampau bagi saya bila awak contact saya dan marah2 saya
Dah 2 tahun kot
Apa masalah awak sebenar nya??
Tak ada pulak saya menganggu hidup awak dengan contact awak macam2
Tak ada lak saya cari awak kat mana2 awak berada..
Pelik la dengan awak nie
    

Ingat la awak, yang apa yang awak buat kat orang sekarang nie akan di balas balik
Saya tak minta awak kena macam saya
Tapi kalau itu berlaku kat awak balik, tu tanda nya yang saya betul2 tidak bersalah
Yang pasti saya bukan pihak ketiga dalam hubungan yang dulu
Bukan saya yang kacau hubungan org
Awak kena faham tu


Dalam hal ini saya yang sepatutnya marah kat awak
Tapi saya bukan orang macam tu
Kalau awak harapkan saya marah2 awak, maaf la perkara itu tak akan berlaku
Bukan sifat saya nak marah orang tak tentu pasal


Awak..
si dia muncul kembali dalam hidup saya beberapa hari ini
Dia membuat pengakuan yang korg dah break
Dan dia minta balik untuk kembali ke sisi saya
Tapi awak..
Saya tak mungkin akan terima dia kembali
Kemaafan saya pada dia sudah lama saya berikan
Saya tidak mengharap dia kembali menagih kasih pada saya
Saya tidak tahu korg ada salah faham ke ape ke or dia sahaja nak membohogi saya
Sampai dia mengatakan dia sudah break dengan awak
Saya amat berharap dia kembali semula ke sisi awak
Sebab saya tahu awak lebih sayangkan dia


Awak..
Jaga la dia elok2
Kami hanya berkawan tanpa ada perasaan apa2 dah
Itu janji saya pada awak
Awak jangan risau sebab hati dan perasaan saya bukan pada dia lagi
Awak tak payah la nak marah2 saya lagi sebab dengan berbuat demikian itu menunjukkan yang awak betul2 bersalah dalam hal ini.
Simpan lah amarah awak tu
Simpan la perasaan cemburu awak tu dengan kehidupan saya sekarang
Simpan la semua tu sebab apa2 yang berlaku dengan saya sekarang tak ada kaitan langsung dengan korang berdua


Saya sudah lama berdiam diri dengan sikap awak nie
Kalau saya ada ganggu hidup awak selama ini memamg patut awak rasa marah
Tapi dengan saya berdiam diri pun awak still menganggu saya
Saya hairan dengan awak
Saya or awak yang patut marah sebenar nya??
Saya bukan nak cakap sapa salah sekarang nie
Just nak jelas kan pada awak yang awak tak ada hak nak menganggu hidup saya lagi
Awak dan dia hanya lah masa lalu saya yang patut saya lupa kan dan ambil ia sebagai iktibar


Jika awak still tak faham dengan apa yang saya cakap kan ini
Saya tak tahu la nak cakap apa lagi
Berbahagia la awak
Dah lah ambil tahu pasal hidup saya lagi
Antara kita dah tak ada kisah yang nak di kaitkan lagi
Apa yang berlaku 2 tahun lepas tolong la lupa kan
sesungguh nya dengan melupakan apa yang pernah berlaku dahulu hidup kita bahagia dan happy
dendam tak kan ke mana....

 p/s ; usah la menganggu hidup saya lagi melalui apa cara sekali pun...
        saya dah tak ambik peduli pasal korg dah so jangan ambik peduli dengan life saya jugak





Jangan menilai saya kerana apa yang saya tulis, kenali dulu diri saya yang sebenar sebelum membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas ^____^

No comments:

Post a Comment