Friday 30 September 2011

seBEku HatI kU

 PEDOMAN BUAT HATI KU YANG LARA




"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."


"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."


"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."



"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."



"Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."
 
 
 
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."



"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya."
 
 
 
 
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri.
Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri."
 
 
 
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
 
 

"Jangan sesali apa yang sudah pergi. 
Jangan tangisi apa yang sudah tiada. 
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."
 
 

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya."
 
 
 
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, 
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."
 
 
 
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
 
 

"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya."



"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi."



"Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."



"Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar."



"Janganlah berputus asa. 
Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."



"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan "




................................................................


 

Jangan menilai saya kerana apa yang saya tulis, kenali dulu diri saya yang sebenar sebelum membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas ^____^

No comments:

Post a Comment